SAYA SAYANG MEREKA

13 December 2013

Jalan-jalan Sabah Hari 2: Pasar Filipina, Jamilah Jewellery, Gayang Seafood Restaurant

Assalamualaikum..

Sambungan..

Sampai Pasar Filipina jam 5 petang. Terus ke Jamilah Jewellery. Iza beli pearl kat sini sebab katanya sini lebih murah berbanding Pasar Filipina. Dan memang betul, ada pearl yang harga serendah Rm10. Dan hari tu, semua barang di tingkat bawah diberi potongan harga 50%. Memang rambang mata. Sempatla grab 5 utas gelang dengan dua biji brooch mutiara.


Dah selesai kat Jamilah Jewellery, barulah kami pergi Pasar Filipina untuk beli amplang dengan kuih cincin.

Malam tu kapten bawa kami makan kat Restoran Gayang Seafood. Katanya restoran seafood terbaik di KK. Tengok je la pelanggannya, memang ramai. Penuh! Nasib kapten dah booking awal-awal untuk kami.



Ni menu malam tu. Yang tak ada dalam gamba ikan tiga rasa, ayam lemon, sotong goreng tepung, jelly kelapa dan buah. Sebab makanan yang itu lambat sampai, tak sempat nak snap gambar. Memang murah cuma RM 300+ untuk satu meja. Kalau kat JB mau dua kali ganda harganya.

Tapi kami makan tak lama, cepat-cepat duduk dalam van bagi aircond kat Iffat sebab time ni badan dia tengah panas. Lepas semua dah siap makan, kami terus balik ke hotel untuk berehat.










2 comments:

Unknown said...

wowww..300++ jer..memang murah..bestnye =)

Unknown said...

salam kenal yer..ila follow sini =)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Wedding tickers