SAYA SAYANG MEREKA

26 December 2013

Amzar Iffat: 1 tahun 1 bulan

Assalamulaikum..

Agak banyak perkembangan Iffat di usia ini. Antaranya:

1. Pandai posing depan camera. Tunjuk ipad depan dia, snap gamba, tunjuk kat dia gambar tu semula. Nanti dia tersenyum simpul bangga sendiri. Haha. Tak boleh tahan part ni, lawak bila tengok dia senyum simpul tu.


2. Kalau nak sesuatu, tunjuk pakai jari telunjuk. Kadang-kadang tak faham apa yang dia nak dan kadang-kadang buat-buat tak faham. Mintak apa yang kita tak boleh bagi, contohnya mintak pisau,gunting.

3. Iffat ni jenis melayan apa yang kita buat. Kita pakai kasut, dia nak pakai. Pakai telekung, pakai tudung, pakai cermin mata, semuala dia nak buat jugak. Tahap memori mengingat dia pun semakin baik. Apa yang kita ajar semalam, dia boleh praktikkan semula esoknya.


4. Iffat suka bila diketip kuku. Dia diam je bila kena ketip kuku. Alahaiiii..senang kerja umi.

5. Alhamdulillah, lepas tonsil dia baik, selera makan dia semakin bertambah. Bagila apa-apa makanan kat dia, semua disumbatnya ke mulut. Sama macam dia yang dulu. Kuat makan. Tak apalah kalau badan dia tak besar, yang penting sihat.

6. Iffat masih belum boleh berjalan sendiri. Masih lagi perlu dibantu, baru dia boleh bertatih dengan laju.


Taip entry ni sambil tengok Pencetus Ummah, semoga didikan umi berjaya menjadikan Amzar Iffat seorang anak yang soleh. Aminn.

6 comments:

aznor ibrahim said...

iffat same la ngan aqeel..x boleh jalan lagi..kne pegang tangan..hehe

Petak Bunga said...

ee..gigi comel sengih

Mama Safiy Arfan said...

comelnye senyuman dia

Amanda Suria said...

alahai comelnya..nak pi skool eh...

amal salleh said...

huh thaqif ssh nk potong kuku suke gerak2 jari dia pastu tarik2 wuwuuww~

Cik Itah@RRP said...

comelnya anak akak :)