SAYA SAYANG MEREKA

24 December 2013

Jalan-jalan KL: KL Twin Tower

Assalamualaikum..

Kami ke KL weekend yang lepas, bermalam di rumah abang Iza. Hari ahad sebelum balik abang bawak kami jalan-jalan naik Menara Berkembar Petronas. Kat sana kami naik skybridge level 41 dan level paling atas sekali yang dibuka kepada orang awam, level 86. Bayaran masuk ialah RM20 sebab dapat harga staff kebetulan abang Iza memang staff kat sana.

Di pintu masuk. Dengar penerangan tentang do and dont masa kat atas sana nant. Tapi sebelum tu kita posing dulu. Hihi.

Ni kat skybridge. Boleh nampak keseluruhan Kampung Baru dan jugak Batu Caves dari atas sini.

Ni pulak kat level 86. Ada dua lg level, tapi ia tak dibuka kepada umum. Sebab dua level lagi tu disediakan untuk tujuan penyelenggaraan.

Dah selesai kat atas dalam 30 minit, terus kami turun ke tingkat bawah sekali. Dalam pukul 3 dah bertolak balik ke JB.

2 comments:

DYatie said...

Unntuunggg nyeerrrrr!

Petak Bunga said...

lama x jalan kl.