Semalam, 1 Disember, kami buat birthday party untuk Iffat. Kami buat kecil-kecil sahaja kat rumah tokwan Iffat kat Felda Tersang, Raub. Iza pilih tema Lego untuk 1st Birthday party Iffat ni.
Semuanya Iza diy. Mainan lego tu amik mainan Iffat je untuk buat props. Jimat! Haha.
Kek lego tu kami tempah kat Sugar Bakery Villa, Raub. Sedap! Pastu kedai dia pun best. Semua ada, belon, topi, topeng hari jadi, lilin yg nombor tu pun ada. Highly recommended kalu cari kedai kek dekat Raub. Sebab owner dia Melayu.
Iffat dengan makcik pakcik sedara dan sepupu.
Menu petang tu nasi ayam, makngah Iffat yang buat. Pun sedap.
Alhamdulillah dah selesai birthday party Iffat yang pertama. Sekarang duk hitung jam nak pergi bercuti Sabah pulak,hihi.
Tata..