SAYA SAYANG MEREKA

30 December 2011

kitaran haid dan waktu subur wanita

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

 Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. 

Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

credit: sumber

RAFHANAH'S YEAR END GIVEAWAY




assalamualaikum..


jom ramai2 join giveaway rafhanah ni..hadiah lumayan!! :).
klik link kt gamba tu k..
gud luck dearies..

29 December 2011

kasut kahwin


vincci..colour dusty pink..harga asal..RM89.90..lepas discount 20% dapat RM 71.20..
sekarang ni..masih lg practice pakai kasut ni dlm rumah..lol..
iza bukan jenis yg suka pakai heel..dan kasut ni size 4..ketat..kena pakai selalu bagi longgar dan biasa dgn kaki..

BEAUTY IS PAIN :'p

28 December 2011

rezeki nak kahwin..

assalamualaikum dearies..

betul kata orang.. "orang nak kahwin ni, rezekinya murah".. alhamdulillah, syukur sangat2..hehe.. tadi dah settle sign borang SBPA.. iza terima SBPA..means bulan januari ni, gaji naik..dan paling best..bulan 4 nanti naik gaji lagi..sbb tangga gaji iza naik bulan 4..giler x? dalam 4 bulan berlaku dua kali kenaikan gaji..cm x caye je..huhu..tp tetap bersyukur..sangat2!! am pun terima SBPA..so gaji kami akan sama2 naik..double syukur lagi..dan dgn gaji yg naik ni, kami boleh tampung bayar loan rumah..yeayyyy!!

then, baru2 ni ASB dah announce dividen + bonus kan..dan ia lebih tinggi dari last year..alhamdulillahh..sbb iza ada melabur sikit kat ASB..duit yg dapat tu boleh la topup duit kawin sikit..tp even dpt $$$ yg x dijangka ni..misi iza dalam meminimumkn budget kawin ttp diteruskan..life lepas kahwin lg penting..so kena spent $$$ yg bnyk untuk kesenangan masa depan :)

misi lepas kawin..nk hias rumah cantik2!! dan tu mesti pakai $$$ yg banyak.. plus kami suka travel + jalan2..tambah lg sebab kenapa kena spent $$$, hehe..

 

26 December 2011

meet my vendor pelamin: episode 2

assalamualaikum dearies..

jangan cari "meet my vendor pelamin: episode 1" dalam blog ni..sbb mmg x ada. hehe.. first time iza jumpa abg. aziz untuk booking pelamin bagai masa bulan 6 lepas..time tu iza x rajin lg nk update blog ni.huhu..

ptg tadi iza pergi jumpa my vendor ni unt second time..iza booked dia untuk baju pengantin, pelamin, meja makan pengantin dan kanopi sekali..ada beberapa perkara yg iza kena confirm kn balik since masa 1st time jumpa tu, im not prepared well..

perkara yg kami bincangkan:

- confirmkan tarikh nikah dan sanding : done
- tukar tema: moden kontemporari --> modern english : done
- cancel deko bilik pengantin : done (sbb nk DIY)
- request kerusi 2 in 1 untuk pelamin : pending (x ada dalam butik lg) sobs..but dia akan cuba beli baru :)
- nak letak sangkar dan lantern di pelamin : sangkar done ; lantern pending
- request meja untuk candy buffet : done
- tabir plain white untuk meja makan pengantin: done

iza request tabir plain white sbb nk diy tabir belakang meja tu jadik mcm ni..hehe


setakat ni iza puas hati dgn service abg aziz..sbb dia dengar, terima dan cuba untuk penuhi apa yg iza nk untuk wedding day nant..alhamdulillah.. lepas ni mungkin akan jumpa lagi sekali untuk last confirmation dan fitting baju pengantinbaru..yeayy!!..

25 December 2011

my wedding checklist


credit to RENEE for this wedding checklist :)

last update : 25 Disember 2011 (69 days before the DAY)


Date 
- Nikah                                  : confirmed
- Bride's Reception              : confirmed
- Groom's Reception           : confirmed
 
Venue
- Nikah                                  : confirmed
- Bride's Reception              : confirmed
- Groom's Recept                 : confirmed

Time
- Nikah                                  : done
- Bride's Reception              : done
- Groom's Reception           : done

Important Stuffs
- Duit hantaran                     : confirmed
- Mas kahwin                        : confirmed
- Tok Kadi                             : booked

Hantaran for Groom  (7 dulang)
- sirih junjung                        : pending
- kemeja & pants                   : done
- kasut                                    : done
- jam                                       : done
- gps                                        : pending
- coklat                                   : pending
- buah                                     : done

Hantaran for bride (5 dulang)
- sirih junjung                       : done
- mas kahwin & bracelet     : done
- baju sutera                         : done
- perfume                              : done
- handbag                              : done

Kursus Kahwin & Legal Documents
- Kursus Kahwin                  : bride & groom done
- Legal Docs -HIV Test       : groom done – bride pending
- Legal Docs -Nikah form    : both pending
- Legal Docs -Tok Kadi form : pending

Guest Count
- Nikah                                  : Approx 100 guests
- Bride's Reception              : Approx 1400 guests

Invitation Cards
- Nikah                                  :  -
- Bride's Reception              : done
- Groom's Reception           : done

Wedding Guestlist
- Bride's Reception              : pending
- Groom's Reception           : FIL task

Overall Theme & Theme COLOUR
- Nikah                                  : done
- Bride's Reception              : done
- Groom's Reception           : done

Pelamin & Decoration (Theme)
- Nikah                                  : done
- Bride's Reception              : done
- Groom's Recept                : FIL task

Pelamin & Decoration (Vendor/Decorator/Planner)
- Nikah                                 : -
- Bride's Reception              : booked
- Groom's Reception           : FIL task

Make Up Artist (MUA) TBA
- Nikah                                  : booked
- Bride's Reception              : booked
- Groom's Reception           : FIL task

Wedding Dress and Accessories
- Nikah(Bride)                      : pending
- Nikah(Groom)                   : pending
- Bride's Reception(Bride)  : booked
- Bride's Reception(Groom) : booked
- Groom's Reception(Bride) : booked
- Groom's Reception(Groom) : booked

Wedding Shoes
- Nikah                                  : -
- Bride's Reception              : done
- Groom's Reception           : pending

Pengapit
- Nikah                                  : done
- Bride's Reception              : done
- Groom's Reception           : pending

Catering
- Nikah                                  : done - rewang
- Bride's Reception              : done - rewang
- Groom's Reception           : done - rewang

Canopy
- Nikah                                  : booked
- Bride's Reception              : booked
- Groom's Reception           : booked

Wedding Cake
- Nikah                                  : -
- Bride's Reception              : booked
- Groom's Reception           : FIL task

Official Photographer (OP)
- Nikah                                  : booked
- Bride's Reception              : booked
- Groom's Reception           : FBIL

Official Videographer (OV)
- Nikah                                  : booked
- Bride's Reception              : -
- Groom's Reception           : -

Wedding Favors & Doorgifts
- Nikah & Khatam               : done                        
  Bride's Reception
- VIP                                     : done
- Groom’s family                 : done
- Guest                                  : done
- Kids                                     : pending

Bunga Pahar
- Nikah                                  : done
- Bride's Reception              : done
- Groom's Reception           : FIL task

Handbouquet
- Nikah                                  : done
- Bride's Reception              : done
- Groom's Reception           : done

Entertainment
- Nikah (PA System)          : pending
- Bride's Reception              : pending
- Groom's Reception           : FIL task

EXTRAS
Transportation to Raub     : confirmed

Guestframe Corner
- Frame                                  : done
- Deccoration                         : pending
- Gift keychain                      : pending

Candy Buffet
- Marshamallow                  : pending
- Apam polkadot                 : booked
- Cupcakes                           : booked
- Cheese tart                       : pending
- Sweet                                 : pending
- Chocolate                           : pending
- Decoration                         : pending

23 December 2011

borang nikah: dah beli

assalamualaikum dearies..

alhamdulillah..semalam iza dh pun beli borang nikah dkt Pejabat Kadi Kluang.. tp yg kelakarnya iza boleh rasa nerbes masa pergi beli tu..lol..xtau npe tetibe rasa mcm tu, ni belum nikah lagi...adoyai. mayb banyak sebab..yg pertama iza x sure betul ke ada jual borang nikah kt situ..pergi pun main redah je.masuk2 tgok kt kaunter pertanyaan xde orang nk ditanya..pastu kt ground floor tu cuma ada kaunter bayar zakat..haish..dalam hati.."betol ke tempat ni"..masa tu masih lg duduk dkt kerusi pelanggan. usha tempat,hehe.. last2 tanya sorang pegawai yg lalu situ.."nk beli borang nikah kt mana ye"..straight tu tanye..haha..dia gtau la mayb tingkat 1..haish dia pun mcm x sure..bukan pegawai kot..

pastu pergi naik tingkat 1..oke betul, mmg situ ada kaunter nikah, cerai dan rujuk..tp pastu blank lg..tau carik apa..carik mesin nk dptkn no.giliran..tp xde..adeh..serang kaunter je ke ni..tgok kaunter kosong..okeh..serang!! pastu iza tanya lg.."beli borang nikah dkt mana?" then pegawai tu kata beli kt situ dan dia tanya untuk lelaki atau perempuan..so iza beli yg perempuan shj sbb am orang raub, dia dh beli kt sana..nk beli tu just tunjuk ic dan bayar RM5..

kemudian dia akan bg borang 2, borang hiv test dan lampiran dokumen yg perlu dibawa semasa permohonan nikah nant..


borang 2: dalam tulisan jawi..dia bg pilihan boleh tulis samada dalam rumi atau jawi..iza pilih rumi sbb lebih konfiden..boleh tulis jawi tp takot salah ejaan, huhu..


borang hiv test: ujian hanya boleh dibuat di hospital kerajaan sahaja..dia dh siap cop dkt belakang borang tu, senarai hospital/ klinik kerajaan panel daerah kluang beserta hari yg menjalankan hiv test..


dan terakhir..lampiran:


isi kandungan lampiran: DOKUMEN PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN

  1. Borang 2 lengkap
  2. Kad Pengenalan Asal Pemohon dan salinan
  3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI dan salinan
  4. Laporan Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (H.I.V.) dari Hospital atau Klinik Kerajaan Malaysia sahaja
  5. Salinan Kad Pengenalan Wali
  6. Surat Akuan Status Diri daripada Penghulu atau Ketua Kampung atau Majikan yang Beragama Islam
  7. Salinan Kad Pengenalan 2 orang saksi ( lelaki ) borang yang bukan ahli keluarga.
  8. Dokumen Kebenaran Berkahwin Luar Kawasan pasangan (jika pasangan dari luar daerah atau negeri)

ada lain2 dokumen lagi yang diperlukan, tapi itu x berkaitan..jadi sila abaikan, hehe..so b2b yg sama kes dgn iza..b2b dari johor dan akan berkahwin dgn someone luar daerah..bolehla sama2 kongsi ilmu di sini..

masa permohonan nikah di pejabat Kadi pulak adalah waktu pejabat dan interview akan dijalankan pada masa itu jugak..so all d best for me!! :)

    20 December 2011

    diy fabric flower hand bouquet

    hai lovelies!!!

    at last..berjaya jugak siapkn hb ni..alhamdulillah..


    iza guna combination of poodle flower and rose ribbon..dan colour pulak mesti lah ikut theme..pink purple turquoise..hehe..

    b4 buat hb ni, iza plan nk pakai time nikah sikit..time sanding sikit..time tandang sikit..sume sikit2 je..sbb dh ada artificial flower..tapi bile dh siap..rasa nk pakai hb ni kt semua majlis plak..haha..gila kuasa k hb ni!! mayb sbb terasa kesusahan nk buat hb ni..so tak kan la nak sia2 kn plak..

    overall..iza puas hati..dan hopefully tangan ni dh x gatal2 nk godek hb ni lg..pasni plan nk diy bunga telur plak..wish me luck babe!! :)

    19 December 2011

    hand bouquet: fabric flower

    salam lovelies..

    dalam post yg lepas, iza ada tunjukkan diy fabric flower..and yes...mmg iza plan nk buat hand bouquet..firstly iza x plan pun nk diy hb pakai fabric flower..iza plan nk pakai artificial flower je dan dh siap pun beli, huhu..iza ada cerita dalam post ni..

    tp bila je tgok hb intan @ hb intan unt. b2b..terus jatuh cinta..nak jugak hb mcm dia..sgt cantik!!!! nk tempah dkt intan..dh fully booking..so kena diy la gamaknya..

    jom2 tgok hb yang intan buat..




    so bila dh decide nk buat hb ni..iza pun godek2 la google pasal hb fabric flower..ada satu lg web yg jadik reference iza..filmshotartifact..kt sini lagi la mcm2 pattern hb..











    nk tgok hb versi iza plak tak..hehe..

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    l

    next entry la baru iza tunjuk..
    biasa2 je..x secantik HB mereka di atas tu..huhu
    jgn marah :p

    17 December 2011

    12 December 2011

    diy centrepiece

    lately ni rasa mcm malas je nk update blog..malas nk type entry panjang2..walau banyak yg nk dishare bersama..huhu..

    here, presenting my centrepiece yg simple je..


    bahan-bahan:

    gelas (pinjam gelas mak)
    kertas pembalut hadiah
    span hijau
    kertas yang dh digunting halus (ready made)
    bunga (lebihan diy hantaran)
    gam

    hasilnya.......................


    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l








    dapat buat 11 pcs je..sbb cawan mak segitu, hehe..bunga pun cukup2..maybe iza akan buat centrepiece lain plak pasni kalau rajin..sbb mcm x cukup je 11 pcs tu..

    dialog antara iza dgn mak lepas selesai diy ni:

    i : lawa jugak eh akak buat..perasan..kalu letak kt umah akak lepas ni pun cantik jugak..
    mak: ehh..mana boleh, gelas mak tu..
    i: dalam hati (tau dah..saja usik, sbb mak cm nk xnk je bg pinjam gelas dia tu..takot pecah, tp i rembat je..hehehe)

    6 December 2011

    1 gud new + 1 bad news = more bad news T.T

    salam semua..

    firstly iza bersyukur sbb loan rumah iza dh diluluskan bank..alhamdulillahh..syukur sangat2 pada ALLAH..tadi dh sign agreement loan bank dan sekarang tunggu nk sign agreement dgn lawyer rumah plak.. tak saba!!! hehe..

    tapi itu berita gembira..

    ada jugak berita yang merisaukan iza..

    my sis bgtau yang dia dh ada tanda2 nk kena cacar air,huhu..cacar air adik beradik dgn demam campak..risauuuu..sbb bila dia balik rumah nant, ada possibility jangkit kt iza kn..mintak dijauhkan..ya ALLAH..tolongla moga tanda2 yang adik bgtau tu bukan tanda2 demam campak..mungkin gatal alahan saje..sedapkan hati

    3 bulan je lagi..

    YA ALLAH..sesungguhnya engkau tuhan yang Maha Pemurah..Maha Penyayang.. permudahkanlah urusan kami YA ALLAH..aminnnn



    5 December 2011

    diy doorgift jar

    salam semua..

    hari ni iza dah berjaya siapkn doorgift jar, hooreyyyy!!!!tp 50 je pun.. iza akan bagi gift jar ni untuk rombongan pengantin lelaki..mereka datang tak ramai, maybe dalam 4 or 5 keta ja..so iza budget dlm 50pcs,hehe..

    iza dpt idea doorgift jar ni dari KINA 


    then, iza godek2 ikut kesesuaian jar iza..

     bahan-bahan

    glass jar
    kertas gubahan
    reben (ada dawai halus di dalamnya)
    sticker (diy)
    jelly dan gula-gula



     done satu kerja..yeahhhhh!!!

    4 December 2011

    Alang Giveaway

    hehe..1st time join contest nih..entah betol ke dak..btw iza try je dulu..alang buat giveaway ni pun untuk tolg kawan dia..so, mari kita tolg kawan alang ramai2 k  :)

     

    Terms and Conditions:
    1) Klik, Like dan Vote
    2) Tell Alang, her friend's FULL name
    3) tell Alang what her current ranking when you have vote (only can see after you have voted)
    4) FOLLOW BLOG ALANG~optional je..tapi..follow lah ye..hihi
    5)Copy LOGO kat atas, dan buat sticky post kat blog korang, LINK kan logo dengan BLOG Alang ok! ASK YOUR READER TO GO TO MY BLOG TO JOIN^_^no need longgg post..just the logo and T&C
    6) Jangan letak jawapan u 'olls dalam post u'ollss..letak jawapan dgn link blog korang kat komen post Alang. Get it?Kat post korang letak logo dan T&C ONLY
    This will end on 18 DISEMBER 2011 jam 12TENGAH MALAM.

    jom all dearies~ join giveaway nih!!! sbb alang sediakan LAPAN gifts...manyaknye!!hehehe..gud luck




    1 December 2011

    diy bantal hantaran

    salam semua...

    iza nk share cara mcm mana nk diy bantal hantaran..mayb pd sesetengah org, ia sgt mudah mmg pun..x perlu nk share cara2 nya..tapi percaya la..ada jugak blogger @ silent reader yg masih blur2 mcm mana nk buat bantal hantaran ni..macam iza dulu2,hehe..


    bahan-bahan:
    polisterin
    kertas gubahan
    rantai mutiara
    gam tembak



    1.gam bahagian sisi kertas gubahan pada polisterin.


    2. lipat bahagian atas dan bawah kertas gubahan seperti cara kita membungkus hadiah yang berkotak.


    3. kemas dan gamkan bahagian tersebut pada polisterin.


    4. kemudian, gam rantai mutiara pada kertas gubahan mengikut design yang kita nak.


    5. selesai!!! 


    bantal hantaran sebagai alas bakul besi.. 



    30 November 2011

    kad kahwin dah siap..

    td vendor kad kahwin baru je call..

    "kad kahwin u dh siap, dh boleh dtg ambil"..

    cepatnya!!huhu..tapi iza taknak pergi ambil dulu..bimbang ada yang salah cetak sebab masa kt kedai hari tu pun ada je word or icon yg hilang bila dia print draft..so kena tunggu am datang sini semula, baru pergi ambil sama2..

    29 November 2011

    hantaran for groom: 3 done!!!

    ingat lg x dalam post ni..iza kata susah nk buat hantaran for groom kn..bila dh siap mcm ada yg x kena je, pastu bukak balik..so iza pergi beli bunga baru..y lg cantik bagi naik seri hantaran tu,hehe..dan alhamdulillah hari ni dpt siapkn 6 dulang hantaran..tp y btol2 siap dgn barang baru ada 3..sbb y lain tu, barangnya x ada lagi..hehe..

     jam tangan

     pants & kemeja

    kasut

    tinggal lagi..sirih junjung, buah, unknown1 dan unknown 2..pastu masa tgh deko2 ni tergerak plak nk bg gps dkt am..dan dh pun bincang dgn dia..keputusannya kami akan share $$$ untuk beli gps tu, hehe..suke!!! boleh save budget ..mudah2an ada rezeki lbihh..aminnn~


    luv on d first sight..

    dari jauh..ishhh, lawanya..then belek2 sekejapp..tapi sbb nk puaskn hati sendiri..pergi kedai lain dulu, kot2 ada yg lagi cantik dari yang itu ..tapi pergi la semua kedai yg ada kt air hitam tu..xde pun yang lg cantik dari y itu..kalau ada pun, mestila y mahal,huhu..agak2 apa dia itu ye??hehe..

    |  

    |  

    |  

    |  

    |  

    |  

    |  

    |  

    |  

    |  

    |  

     tadaaaaaaaaaaaa..


    bunga telur ja pun, hehe..yang warna biru tu emak belanja..sebab bajet anak dia kecik sgt..mampu beli satu set je,huhu..thnx mak!!luv u~
    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie First Birthday tickers
    Daisypath Wedding tickers