SAYA SAYANG MEREKA

17 January 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

Hari ni adalah hari mengjoin GA.. Mari-mari join GA bersama. Nak join GA mama Aish plak..

TEMA GIVEAWAY


Daddy and Baby Cool


SYARAT PENYERTAAN (COPY PASTE DARI ENTRY GA)

1) Follow blog ..life after "i do"

2) Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway

3) Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.

4) Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)

5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.

6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu

9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini




Boleh gantung di playroom anak :)

Oke. Rasanya gambar ni sesuai kot.


Sebab apa gambar ni cool?

1. Anak jantan duk kat celah ketiak bapak dia. Cool la tu kan.
2. Masa gamba ni diambil, abi baru siap mandi, solat magrib. Sebelum tu baru balik kerja. Kalau ikutkan badan, mesti penatkan nak layan anak. Tapi sebab abi dia ni cool, dilayan jugak anak tu sebelum Iffat tido.
3. Sebab Iffat pun cool jugak, nak main dengan abi dia. So masa ni Iza bolehla mandi dengan solat maghrib.

Kesimpulannya, disebabkan dua orang anak beranak ni cool, maka terlahirla gambar yang cool ni.

Haha. Cukup merepek tak Erin?

Sekian~

UMIE SUE 2ND GIVEAWAY

Assalamualaikum..

Hari ni baru Iza berkesempatan nak join GA Umie Sue. Better late than never. Cewah!

TEMA: ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

Ini syarat-syaratnya:

1. FOLLOW BLOG pihak penaja [ http://insyimanhafiz.blogspot.com/ ]
2. LETAKKAN LINK insyimanhafiz.blogspot.com di bloglist anda (akan diperiksa,jika tidak akan terbatal )
3. Hanya SATU GAMBAR sahaja
4. Entri paling ringkas, dibawah gambar SERTAKAN DOA untuk anak anda
5. Isikan link entri anda di bawah ( add your link ) bersama nama anak anda
6. Tarikh tutup 20 JANUARI 2014 7. SEORANG PEMENANG sahaja haja


Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
Aku bermohon dari Engkau Tuhan sekalian alam
Jadikanlah anakku ini AMZAR IFFAT BIN AMRI SYAH
Seorang anak yang soleh
Anak yang cerdas akal fikirannya
Anak yang sihat tubuh badan
Serta anak yang akan berbakti dijalanmu sepanjang hidupnya

AMIN YA RABBAL A'LAMIN

5 January 2014

Kali Pertama Bekerja Pada Hari Ahad 2014

Assalamualaikum..

Hari ni hari ahad pertama dalam tahun 2014 dan bagi kami kakitangan kerajaan di Johor, kami kena bekerja seperti biasa. Memang ada rasa pelik, ye la hari ahad. Bukak tv3 jam 8 pagi ada cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia. Tapi kami kena siap-siap pergi kerja. Lepas tu teringat jam 12 tengahari nant ada JJCM plak. Tak ke pelik tu. Haha.

Tapi bila dah sampai kat sekolah, tak perasan pun hari ni hari ahad. Rasa macam hari Khamis pulak sebab kami kena pakai baju batik. Bilangan pelajar yang datang pun hampir penuh. So segalanya berjalan lancar. Hari ni sebelum balik, Iza dah dapat senarai nama yang dah di finalized untuk kelas 1 Hemah. Yep, Iza form teacher untuk pelajar Tingkatan 1. Bersedialah mental dan fizikal untuk terima kerja yang agak banyak tahun ni. Huhu.

Sementara tu nak cerita last friday Iza ada beli printer dengan laptop baru (eh ni pun nak cerita) , dengan harapan semoga tahun ni Iza dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja dengan lebih baik. Amin. Itu antara azam 2014 Iza.


Semoga Allah permudahkan segalanya..

26 December 2013

Amzar Iffat: 1 tahun 1 bulan

Assalamulaikum..

Agak banyak perkembangan Iffat di usia ini. Antaranya:

1. Pandai posing depan camera. Tunjuk ipad depan dia, snap gamba, tunjuk kat dia gambar tu semula. Nanti dia tersenyum simpul bangga sendiri. Haha. Tak boleh tahan part ni, lawak bila tengok dia senyum simpul tu.


2. Kalau nak sesuatu, tunjuk pakai jari telunjuk. Kadang-kadang tak faham apa yang dia nak dan kadang-kadang buat-buat tak faham. Mintak apa yang kita tak boleh bagi, contohnya mintak pisau,gunting.

3. Iffat ni jenis melayan apa yang kita buat. Kita pakai kasut, dia nak pakai. Pakai telekung, pakai tudung, pakai cermin mata, semuala dia nak buat jugak. Tahap memori mengingat dia pun semakin baik. Apa yang kita ajar semalam, dia boleh praktikkan semula esoknya.


4. Iffat suka bila diketip kuku. Dia diam je bila kena ketip kuku. Alahaiiii..senang kerja umi.

5. Alhamdulillah, lepas tonsil dia baik, selera makan dia semakin bertambah. Bagila apa-apa makanan kat dia, semua disumbatnya ke mulut. Sama macam dia yang dulu. Kuat makan. Tak apalah kalau badan dia tak besar, yang penting sihat.

6. Iffat masih belum boleh berjalan sendiri. Masih lagi perlu dibantu, baru dia boleh bertatih dengan laju.


Taip entry ni sambil tengok Pencetus Ummah, semoga didikan umi berjaya menjadikan Amzar Iffat seorang anak yang soleh. Aminn.

24 December 2013

Jalan-jalan KL: KL Twin Tower

Assalamualaikum..

Kami ke KL weekend yang lepas, bermalam di rumah abang Iza. Hari ahad sebelum balik abang bawak kami jalan-jalan naik Menara Berkembar Petronas. Kat sana kami naik skybridge level 41 dan level paling atas sekali yang dibuka kepada orang awam, level 86. Bayaran masuk ialah RM20 sebab dapat harga staff kebetulan abang Iza memang staff kat sana.

Di pintu masuk. Dengar penerangan tentang do and dont masa kat atas sana nant. Tapi sebelum tu kita posing dulu. Hihi.

Ni kat skybridge. Boleh nampak keseluruhan Kampung Baru dan jugak Batu Caves dari atas sini.

Ni pulak kat level 86. Ada dua lg level, tapi ia tak dibuka kepada umum. Sebab dua level lagi tu disediakan untuk tujuan penyelenggaraan.

Dah selesai kat atas dalam 30 minit, terus kami turun ke tingkat bawah sekali. Dalam pukul 3 dah bertolak balik ke JB.