SAYA SAYANG MEREKA

5 January 2014

Kali Pertama Bekerja Pada Hari Ahad 2014

Assalamualaikum..

Hari ni hari ahad pertama dalam tahun 2014 dan bagi kami kakitangan kerajaan di Johor, kami kena bekerja seperti biasa. Memang ada rasa pelik, ye la hari ahad. Bukak tv3 jam 8 pagi ada cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia. Tapi kami kena siap-siap pergi kerja. Lepas tu teringat jam 12 tengahari nant ada JJCM plak. Tak ke pelik tu. Haha.

Tapi bila dah sampai kat sekolah, tak perasan pun hari ni hari ahad. Rasa macam hari Khamis pulak sebab kami kena pakai baju batik. Bilangan pelajar yang datang pun hampir penuh. So segalanya berjalan lancar. Hari ni sebelum balik, Iza dah dapat senarai nama yang dah di finalized untuk kelas 1 Hemah. Yep, Iza form teacher untuk pelajar Tingkatan 1. Bersedialah mental dan fizikal untuk terima kerja yang agak banyak tahun ni. Huhu.

Sementara tu nak cerita last friday Iza ada beli printer dengan laptop baru (eh ni pun nak cerita) , dengan harapan semoga tahun ni Iza dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja dengan lebih baik. Amin. Itu antara azam 2014 Iza.


Semoga Allah permudahkan segalanya..

2 comments:

~ NANA ~ said...

best tak cuti jumaat sabtu? hihi...kitorang kat ganu ni suka ;)

Unknown said...

Even saya yang kerja swasta ni pun kadang-kadang keliru tengok orang lainkerja hari ahad..hihi

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Wedding tickers