SAYA SAYANG MEREKA

12 December 2013

Jalan-jalan Sabah Hari 1: Century Hotel, Gerai Santai Haji Manja

Assalamualaikum..

Kami dah ke Sabah dari 5-8 Disember lepas.. Flight kami ke Sabah jam 1225, tapi flight betul-betul berlepas jam 1315. Perjalanan ke sana ambil masa 2 jam so kami sampai kat Airport Kota Kinabalu jam 1515.


Van dah sedia tunggu kami kat luar airport. Kami sewa 3 biji Urvan. Rm 250 sehari. Tapi kami kena tunggu trip yang lain dulu, smpai jam 1730.


Lepas tu baru kami bertolak ke hotel dalam jam 1800. Kami sewa Century Hotel, semalam RM90 untuk bilik deluxe.


Malam tu tourist guide kami (kawan kepada kawan) @ kapten (sebab dia kapten TLDM) bawa kami pergi makan seafood kat area Pasar Filipina. Antara banyak-banyak kedai, kedai Haji Manja ni memang penuh sebab murah dan sedap!


Atas kanan sebagai pencuci mulut, dibeli di gerai bersebelahan dengan gerai Haji Manja ni. Ubi cicah dengan ikan letak air limau, rumpai laut, dengan ayam madu. First time makan rumpai laut, rasa kenyal-kenyal gitu.

Gambar kanan bawah tu lauk yang kami makan..Seekor udang karang dan kerapu bara. Total demage RM50+.

Dah selesai makan, kami balik ke hotel untuk berehat. Simpan tenaga untuk perjalanan esok hari :)














1 comment:

imanda amalia said...

hi..ada tak contact number tuk sewa van tu. tq

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Wedding tickers