SAYA SAYANG MEREKA

14 December 2013

Jalan-jalan Sabah Hari 4: Selamat Tinggal Sabah

Assalamualaikum..

Hari terakhir kami di Sabah. Kami checkout hotel jam 8 pagi tapi flight kami jam 10.45 pagi. Memandangkan abi pun dah siap-siap check-in flight guna online, so kami pun pergi ke pasar harian (lokasi tak pasti) lebih kurang 5km dari hotel kami. Ingat nak beli amplang lagi tapi tak jadi sebab tak jumpa, yang dibeli cengkerang berharga RM15 dan tshirt Sabah berharga RM25. Bila semua dah berkumpul semula, terus bergerak ke airport. 

Sebelum berlepas balik, kami ambil gambar ramai-ramai dulu.


Selamat tinggal Sabah

Akhir sekali, Iza nak share beberapa tips lagi-lagi buat parent yang travel denga anak kecil.

1. Pastikan setiap masa ada bawa bersama barang-barang keperluan baby. Contohnya baju salinan, pampers, towel, dan air masak. In case, baby kita muntah sebab mabuk dalam perjalanan so senangla nak tukar baju baby.

2. Stroller dan carrier.
Ini sangat membantu kalau kita nak berjalan kaki untuk tempoh yang agak lama. Macam   Iffat yang tak pandai berjalan lagi ni, so sangat membantu kalau ada stroller atau carrier. Tak lah lenguh sangat tangan kami nak mendukungnya selalu.

3. Bawa ubat-ubatan yang asas.
Kebetulan haritu Iffat baru baik demam, jadi memang Iza bawa termometer, ubat demam dan koolfever untuk Iffat. Bimbang dia akan demam semula masa travel. Malam kedua Iffat demam, jadi Iza just bagi ubat demam yang dah dibawa, tak perlu bersusah cari farmasi beli ubat. 

4. Yang terakhir ni just reminder, kalau pergi ke Sabah bersedialah yang setiap entry tempat-tempat yang dilawati memang akan dikenakan bayaran. Kadang-kadang tak sesuai dengan tempatnya. Tapi sebab dah sampai, so bayar je la.

So itu je la sedikit (sedikit ke?) coretan Iza untuk travel kami ke Sabah.

Thanks for reading.


I blog with BE Write

3 comments:

Chekgu Azrine said...

bestnya gi jejalan Sabah..
travelngan budak kecik ni memang kena well prepared kan??
tq for the info sis

Nurul Izayani said...

Aah..kadang2 xleh nk expect tinggi2. Ikut mood diorang.
Most welcome cikgu :)

ct shah said...

salam kenal.

bestnyer cuti2 di sabah.

kalau ada anak kecil mmg kena prepared byk benda kan?:-)