SAYA SAYANG MEREKA

12 December 2013

Jalan-jalan Sabah Hari 2: Pangkalan TLDM, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik

Assalamualaikum..

Hari kedua kami bergerak seawal jam 7dan sampai di pangkalan TLDM dalam jam 8. Kemudian kami bersarapan kat restoran dalam pangkalan tu. Lepas tu, kami diberi taklimat serba sedikit mengenai pangkalan TLDM cawangan KK ni. Tapi time ni Iza tak dengar sangat pun, sebab duk main dengan Iffat kat belakang dewan, kalau tak merengek pulak dia duduk lama2, dah tak mahu duduk diam dah sekarang.

Ingatkan dapat masuk tengok kapal selam, rupanya tengok dari jauh je. Hampa.

Kemudian dalam jam 11 kami bertolak ke Jeti kat Jesselton Town. Bayaran bot Rm 23 seorang untuk ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Murah.

Iffat tak pakai safety jacket sebab tak cukup. Alhamdulillah selamat pergi dan balik. Tapi lepas ni kalau naik bot, make sure kena pakai, sebab bot tu sangat laju! Fobia rasanya.

Iffat yang suka sangat main pasir huiiii..


Kami sampai 1230. Matahari sangat terik masa tu. Tu yang payungkan Iffat walaupun dah masuk dalam air.

Ni pandangan Pulau Mamutik. Kami tak turun, just pusing satu pulau je sebab nak save masa. Boleh nampak coral kat dalam air. Cantik. Kagum!

Malam tu Iffat demam maybe sebab main air masa tengah panas. Tapi alhamdulillah, sekejap je demamnya.



















No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Wedding tickers