SAYA SAYANG MEREKA

13 December 2013

Jalan-jalan Sabah Hari 3: Rumah Terbalik, Kinabalu Park, Desa Dairy Farm, Spa Ikan Tagal Sg. Moroli


Assalamualaikum..


Hari ketiga pulak kami bergerak jam 8.00 pagi terus ke Rumah Terbalik di Tamparuli. Bayaran masuk ke sana RM 10. Pada Iza mahal sebab rumah tu kecik je.. Kat dalam tu pulak tak boleh ambil gambar. Masuk pun kena ikut turn, dalam 10 orang untuk satu masa. Agaknya kalau masuk ramai-ramai nant roboh kot. Huhu..



Dah selesai di Rumah Terbalik, kami terus bergerak ke Gunung Kinabalu. Perjalanan dari KK dalam 2 jam. Yang ini nak masuk pun kena bayar RM 3 seorang. 


Tak nampak puncak gunung sebab kabus tengah tebal. Masa ni dalam jam 11 lebih. Tapi belakang tu ada air terjun. 


Selepas tu kami terus bergerak ke Kundasang Diary Farm, bayaran masuk RM 4 seorang. Tapi masa ni lembu jauh kat tengah padang. Tak dapatla kami tengok live lembu banyak-banyak depan mata.



Iffat excited tengok lembu dengan kambing. Selamber je bagi binatang tu makan. Uminya tak berani sangat, takut tangan kena ngap, haha.


First time tengok live pokok bunga calla lily. Bunga favourite. Cantiknya!

Dalam jam 3 petang, kami dah sampai di Spa Ikan Tagal Sg. Moroli, Ranau. Cas yang dikenakan RM 5 untuk spa kaki. Kami berada dekat sini sampai jam 4.30 petang. Tapi rasa spa ikan tu cuma 15 minit je. Memang ada had masanya. 


Selalu Iffat excited kalau main air, tapi yang ini dia takut, geli agaknya rasa ikan banyak-banyak bawah kaki dia.

Selepas selesai solat jamak di surau berhampiran baru kami bergerak balik ke KK. Jalan dah gelap masa tu dan ada tempat sangat berkabus, tapi alhamdulillah selamat sampai KK jam 8 malam. Terus pergi makan kat Gerai Haji Manja. Nak makan seafood terbaik untuk terakhir kali katanya. 

Dah siap makan terus pergi pasar malam dekat depan hotel. Sebenarnya kat pasar malam ni lah, gelang, rantai segalanya berkaitan dengan mutiara sangat sangat murah. Gelang mutiara biasa boleh dapat RM 10. Lebih murah berbanding Pasar Filipina.

Malam tu jam 12 tengah malam baru kami balik hotel. Sampai hotel terus tido sebab penat sangat hari tu.

I blog with BE Write

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Wedding tickers