SAYA SAYANG MEREKA

5 August 2011

checklist W-day I

credit: pelamin.net

harini nk share checklist w-day y aku dpt dari majalah pesona pengantin bulan april 2011..hopefuly sedikit sebanyak, ia dpt membantu b2b lain untuk plan korg punya wedding..gud luck!! =)

12 bulan sebelum
  • tentukan tarikh dan waktu bernikah 
  • bajet: rendah, sederhana atau tinggi
  • lokasi majlis: hotel, dewan atau rumah
  • jamuan: hidang atau bufet
11 bulan sebelum
  • tetapkan tarikh nikah, sanding dan bertandang
  • ikuti kursus kahwin
  • survey pakaian pengantin
  • beli barang hantaran
10 bulan sebelum
  • pilih pengapit
  • tentukan warna tema
9 bulan sebelum
  • kumpul nama tetamu
  • pilih katering/ masak sendiri
  • pilih OP dan OV
8 bulan sebelum
  • tempah lokasi dan tarikh majlis (dewan/hotel)
  • tetapkan jumlah tetamu yang hadir
  • buat appoinment dengan doktor
7 bulan sebelum
  • tentukan pakaian perkahwinan dan aksesori
  • tentukan pakaian pengiring pengantin
  • pilih jurusolek
6 bulan sebelum
  •  tempah kad kahwin
  • hubungi kadi dan pejabat agama
  • jalani ujian darah/HIV
5 bulan sebelum
  • selesaikan urusan persandingan (bayar deposit dan try baju)
  • pilih dan tentukan kelengkapan w-day
  • tempah cenderahati tetamu atau buat sendiri
 4 bulan sebelum
  • pilih cincin kahwin
  • siapkan gubahan hantaran (tempah/ buat sendiri)
 3 bulan sebelum
  • pastikan P.A sistem lengkap
  • aturkan penginapan bg sedara dan rakan terdekat
2 bulan sebelum
  • tulis dan utus kad kahwin
  • cuba baju sanding
1 bulan sebelum
  • perawatan sebelum w-day (spa)
  • pastikan tempahan dan keperluan w-day berjalan lancar
  • pastikan aksesori  w-day sudah ada
minggu sebelum
  • berjumpa dengan urusetia majlis agar semua berjalan lancar
  • ambil perhiasan  yang ditempah
1 minggu sebelum
  • teliti perancangan w-day
  • selesaikan semua urusan kerja sebelum cuti
  • hindari konflik dan tenangkan diri
W-DAY
  • isi perut terlebih dahulu
  • mandi sebersihnya agar segar sepanjang hari
  • berdandan cantik, senyum dan berdoa segala perancangan berjalan sebaik mungkin..

kita hanya mampu merancang..tp ALLAH yang tentukan segalanya..






2 comments:

Cik Nasha said...

buku ni pn sy ada.. list tu membantu kan..

nurul izayani said...

aah..sy siap fotostat lg,hehe.. skali bahagian bujet tu..;)