SAYA SAYANG MEREKA

25 July 2013

Iffat dah 8 bulan!

Assalamualaikum..

Hari ni iffat dah 8 bulan. Alhamdulillah masih lagi bersusu umi sepenuhnya..

Antara perkembangan iffat:

1. Dah pandai ambil, capai dan pegang barang dengan baik.
2. Dah pandai sebut suku kata fathah dan paling biasa dengar a, ba, ta, ma, pa.
3. Oh..dan pandai mengamuk sekarang. Kalu dah bosan main, penat, lapar, mula la merengek. Tp bila je orang dukung, sengih terus.
4. Dah pandai tiru apa yang kita buat. Kalau kita tepuk, dia pun akan ikut tepuk, tp biasanya tepuk sblh pada satu2 objek.
5. Sekarang dah pandai cucuk mata, hidung, mulut umi. Tarik rambut. Aduh, kadang kalau dia bgn dulu, mula la kacau umi tidur. Malam tadi, 1st time bgn pukul 4 pagi, pastu ajak umi main. Mmg umi tak layanla,haha.. Umi nk bgn kul 5 untuk sahur.
6. Dah boleh joget kalau dia berdiri sambil dipegang..wah..kadang2 tu menyanyi. Tp harming je la. Abi dodoi dia, bacakan selawat, ohh dia pun harming sama. Haha..comel je rasa.
7. Baru ada sebatang gigi bawah, tumbuh masa 7 bulan hari tu.
8. Berat dia plak dalam 8 kg+ (xde pergi check up)
9. Boleh makan dgn banyak kalau kena dgn selera dia. Haritu makan bubur nasi, carrot, ikan bilis, adalah makan 2 cawan penuh dadih tu, kalau x, separuh pun x hbs.
10. Mainan febret dia skang bukannya toy dia, tp barang2 umi dgn abi dalam rumah ni..pantang nampak benda baru, mesti nak capai, ambil. Pastu ketuk2, dah bosan baling..adoi, sabar je umi dia ni bila pikir tu proses pembelajaran dia..

Tp ada satu perkembangan iffat yang lambat, even sekarang dia masih belum merangkak, masih x boleh duduk sendiri. Tp umi faham, setiap anak ada perkembangannya masing-masing. Umi akan ttp sabar tunggu sampai iffat boleh merangkak dan bila iffat dah pandai, umi akan make sure, umi la yg akan jadi penyorak iffat yang paling hebat sekali! :)

SAYANG KAMU IFFAT!

2 comments:

aznor ibrahim said...

iza..iffat taknak merangkak kot..nk bediri terus..hehe..go iffat go!

intan mohamad said...

as salam...jemput ke blog sy =)

http://intan-mohamad.blogspot.com/