SAYA SAYANG MEREKA

15 July 2013

Buku Disney Magic English Iffat

Assalamualaikum..

Kami beli set buku ni masa baby expo haritu, dari booth Grolier. Kebetulan umi tengah mencari buku untuk iffat. Jadi, bila ditawarkan buku ni, umi pun tertarik.. 

Dalam set ni ada: 
1. Disney Words Words Words (4 volume)


Buku ni bergambar dan setiap gambar ada ditulis perkataan yang menunjukkan perbuatan gambar tu.  Contoh mcm bawah ni..


2. Disney Magic English


Ada 26 buku dan 26 dvd. Lepas tgok dvd, bacalah buku tu plak..setiap dvd, ada satu buku.

3. Fun thinkers



Umi dengan abi paling suka main ni..best sgt,haha..test iq sapa lagi tinggi.. Dah susun plate kat tempat dia, pastu tgok jawapan, tol tak..kalu tol, bestnya bukan main, jakunnn k umi dgn abi ni, dulu kami xde pun mcm ni, pastu nk tunggu iffat main, dia pun tak reti lagi, huhu.. Jadik, kami la yg pakai dulu,hihihi..

4. Buku Raise Your Child Self Esteem

5. Osborne Dictionary

6. Rak buku


Semuanya ada 6 item. Harga mmg agak pricey, tapi takpe la untuk education si iffat. Umi taknak berkira sangat tentang tu..

Kenapa umi tertarik dengan set buku ni?

1. Dvd dia menggunakan pendekatan classical music, yang boleh meningkatkan iq dan memori anak.
2. Kartun2 dalam buku dia sgt menarik, cantik.. Kartun disney kan :)
3. Dalam buku DME tu ada games, dalam fun thinker pun ada games, so amatla bagus untuk menggalakkan anak berfikir.
4. Buku ni boleh digunakan sampai umur anak 12 tahun. Sangat berbaloi k, lama tu..tp kena make sure buku ni dijaga dgn elok. Oke, umi akan pastikn tentang itu,hihi..
5. Dalam dvd tu ada mcm2. Kartun selama 26 minit, lagu untuk nyanyi sama dan jugk game untuk bina perkataan.

Harap2 semua ni dapat membantu dalam proses pendidikan si Iffat umi. Aminnn..

1 comment:

~ NANA ~ said...

i pon ada sebijik yg ni! tapi my mom belikan utk adik 10 thn lepas...now boleh bagi kat ayish guna...hihi