SAYA SAYANG MEREKA

29 October 2013

Amzar Iffat 10 dan 11 bulan

Assalamualaikum..

10 bulan:

1. Dah boleh tepuk tangan bila umi kata'tepuk', genggam jari bila umi nyanyi cak cekur dan tutup muka bila umi kata 'aum cak'.
2. Dan pandai matching kan barang dengan kegunaan. Contoh cekak letak kat kepala, cermin mata di mata, sikat pada rambut. Tapi Iffat tak boleh lagi letak betul-betul, cuma dia bawa je barang-barang tu kat kepala dengan mata.
3. Baru nk tunjukkan keinginan untuk berdiri, tapi dengan bantuan orang lain.
4. Dah boleh makan nasi tanpa perlu diblender.
5. Dah pandai suap makanan sendiri.

11 bulan:

1. Dah boleh bertatih dengan laju. Masih dengan bantuan dipegang umi atau abi. Laju macam nak berlari. Haha..
2. Dan pandai main permainan ni. Boleh masukkan gelung sendiri tanpa bantuan. Cuma yang atas sekali tu belum pandai sebab dia bulat mcm bola. Susah. Takpe. Yang ini pun umi dah bangga dengan kamu Iffat.


3. Rupanya Iffat tak suka makan nasi keras. Lebih suka dan lebih berselera bila makan bubur.
4. Suka bergurau acah kita bila nak bagi sesuatu benda. Nak bagi, tapi bila kita hulur tangan, dia tak jadi bg, lepas tu, sengihhhh..
5. Dah pandai kongsi makan. Kalau dia tengah pegang makanan, minta pada dia. Nanti dia bagi.
6. Iffat ni cepat belajar dan suka tiru apa yang kita buat. Dia dah pandai ambil remote tv pastu tunjuk dekat tv konon nak tukar channel. Ambil kunci lepas tu pegang betul-betul nak masukkan dalam lubang. Tapi lubang dia, cucuk la mana- mana.







No comments: