Assalamualaikum..
Hari ni iffat dah 8 bulan. Alhamdulillah masih lagi bersusu umi sepenuhnya..
Antara perkembangan iffat:
1. Dah pandai ambil, capai dan pegang barang dengan baik.
2. Dah pandai sebut suku kata fathah dan paling biasa dengar a, ba, ta, ma, pa.
3. Oh..dan pandai mengamuk sekarang. Kalu dah bosan main, penat, lapar, mula la merengek. Tp bila je orang dukung, sengih terus.
4. Dah pandai tiru apa yang kita buat. Kalau kita tepuk, dia pun akan ikut tepuk, tp biasanya tepuk sblh pada satu2 objek.
5. Sekarang dah pandai cucuk mata, hidung, mulut umi. Tarik rambut. Aduh, kadang kalau dia bgn dulu, mula la kacau umi tidur. Malam tadi, 1st time bgn pukul 4 pagi, pastu ajak umi main. Mmg umi tak layanla,haha.. Umi nk bgn kul 5 untuk sahur.
6. Dah boleh joget kalau dia berdiri sambil dipegang..wah..kadang2 tu menyanyi. Tp harming je la. Abi dodoi dia, bacakan selawat, ohh dia pun harming sama. Haha..comel je rasa.
7. Baru ada sebatang gigi bawah, tumbuh masa 7 bulan hari tu.
8. Berat dia plak dalam 8 kg+ (xde pergi check up)
9. Boleh makan dgn banyak kalau kena dgn selera dia. Haritu makan bubur nasi, carrot, ikan bilis, adalah makan 2 cawan penuh dadih tu, kalau x, separuh pun x hbs.
10. Mainan febret dia skang bukannya toy dia, tp barang2 umi dgn abi dalam rumah ni..pantang nampak benda baru, mesti nak capai, ambil. Pastu ketuk2, dah bosan baling..adoi, sabar je umi dia ni bila pikir tu proses pembelajaran dia..
Tp ada satu perkembangan iffat yang lambat, even sekarang dia masih belum merangkak, masih x boleh duduk sendiri. Tp umi faham, setiap anak ada perkembangannya masing-masing. Umi akan ttp sabar tunggu sampai iffat boleh merangkak dan bila iffat dah pandai, umi akan make sure, umi la yg akan jadi penyorak iffat yang paling hebat sekali! :)
SAYANG KAMU IFFAT!
SAYA SAYANG MEREKA
25 July 2013
17 July 2013
Idea: Bunga hiasan meja
Asslamualaikum..
Hasil recycle bunga2 time kahwin dulu. Dan ada jugak bunga yang baru beli.
Dua atas ni, umi diy untuk rumah mak. Modern vs english.
Bawah ni pulak, rumah umi punya. Modern style.

15 July 2013
Buku Disney Magic English Iffat
Assalamualaikum..
Kami beli set buku ni masa baby expo haritu, dari booth Grolier. Kebetulan umi tengah mencari buku untuk iffat. Jadi, bila ditawarkan buku ni, umi pun tertarik..
Dalam set ni ada:
1. Disney Words Words Words (4 volume)
Buku ni bergambar dan setiap gambar ada ditulis perkataan yang menunjukkan perbuatan gambar tu. Contoh mcm bawah ni..
2. Disney Magic English
Ada 26 buku dan 26 dvd. Lepas tgok dvd, bacalah buku tu plak..setiap dvd, ada satu buku.
3. Fun thinkers
Umi dengan abi paling suka main ni..best sgt,haha..test iq sapa lagi tinggi.. Dah susun plate kat tempat dia, pastu tgok jawapan, tol tak..kalu tol, bestnya bukan main, jakunnn k umi dgn abi ni, dulu kami xde pun mcm ni, pastu nk tunggu iffat main, dia pun tak reti lagi, huhu.. Jadik, kami la yg pakai dulu,hihihi..
4. Buku Raise Your Child Self Esteem
5. Osborne Dictionary
6. Rak buku
Semuanya ada 6 item. Harga mmg agak pricey, tapi takpe la untuk education si iffat. Umi taknak berkira sangat tentang tu..
Kenapa umi tertarik dengan set buku ni?
1. Dvd dia menggunakan pendekatan classical music, yang boleh meningkatkan iq dan memori anak.
2. Kartun2 dalam buku dia sgt menarik, cantik.. Kartun disney kan :)
3. Dalam buku DME tu ada games, dalam fun thinker pun ada games, so amatla bagus untuk menggalakkan anak berfikir.
4. Buku ni boleh digunakan sampai umur anak 12 tahun. Sangat berbaloi k, lama tu..tp kena make sure buku ni dijaga dgn elok. Oke, umi akan pastikn tentang itu,hihi..
5. Dalam dvd tu ada mcm2. Kartun selama 26 minit, lagu untuk nyanyi sama dan jugk game untuk bina perkataan.
Harap2 semua ni dapat membantu dalam proses pendidikan si Iffat umi. Aminnn..

13 July 2013
Iffat jatuh katil
Assalamualaikum..
Iffat jatuh pagi tadi pukul 4.15 pagi. Lagi 15 minit alarm umi nak bunyi untuk bgn sahur. Tgh syok mimpi, umi dengar bunyik gedebuk pastu bunyi dia nangis. Carik kat sebelah, dia dah xde.. Adoi, jadik jugak benda yang kami duk takut2 selama ni.
Iffat jatuh tersembam. Nampak tu, bibir kiri dia bengkak, bawah mata pun ada merah2 sikit. Tapi sekarang ni dh susut bengkak kt bibir dia tu. Mmg ada luka dlm bibir tu, agaknya sbb berlaga dgn gusi. Alhamdulillah, dia masih menyusu mcm biasa. Aktif pun mcm biasa, bgn kul 8.30 pagi tu siap nyanyi2 lagi kt telinga umi dia ni suh bgn. Adoyaiii..
Ptg ni abi bukak katil tu, ermm..dh jadik mcm ni baru nk bertindak. Berharap moga ia tak berulang lagi, tu je la..
4 July 2013
OurLittleJannah: Ubah susun atur perabot ruang tamu
Assalamualaikum..
Susun atur perabot ni kami ubah hari ahad hari tu, ptg2 xde keje, ajak abi kemas sekali..sakit woo pinggang angkat sofa..nasib rasa sakit tu sehari je..alhamdulillah..
Sebelum
Selepas..
Jadi ruang depan tv tu lebih luas untuk kami lepak, ada tempat untuk abi, umi dan kalu nk letak playgym iffat pun x mkn space sgt.. umi nk lipat kain pun syok..sbb umi ni jenis lipat kain baju nk space besor,hihi..
Posted via DraftCraft app

3 July 2013
Iffat kena skin infection
Assalamualaikum..
Kisah nya mula daripada minggu lepas, lepas kami pergi kl. Iffat kena gatal-gatal..penuh ruam kt depan n belakang badan dia. Tapi lepas sapu krim dacterine, ruam tu kering dan hilang dalam masa satu hari je..kemudian dalam hari jumaat ni, tgok iffat ada bintik2 baru kt bahu dia..then dia garu..means gatal. Bintik2 tu plak ada air..malam sabtu rasa badan dia panas. Cek suhu dalam 37.4c. Hari ahad pun sama, badan dia dedar. Pagi isnin dalam pukul 5 pagi, masa dia bgn menyusu, umi rasa badan dia panas. Cek suhu 37.2c. So pagi isnin tu decide bawa jumpa paed kat pakar kempas. Bimbang dia kena campak or cikenpox.
Tapi alhamdulillah lah. Paed cakap cuma skin infection biasa..
Kat bahu paling banyak. Kat tempat lain pun ada jugak, kt kepala, siku, peha, lutut..tp majoriti bintik sebijik sebijik.. Then paed bagi ubat sapu ni..
So far, okela sbb kulit tu makin kering..cuma kulit nya jadi hitam..hoho..x comel dah..
Apa2 pun, umi doakan semoga iffat cepat sembuh.aminnnn..

Subscribe to:
Posts (Atom)