SAYA SAYANG MEREKA

27 September 2013

Playroom Amzar Iffat

Assalamualaikum..

Hari ni dah jumaat. Jap je kan dah nak habis seminggu. Tapi esok umi kena kerja pulak, ada hari anugerah cemerlang kokurikulum. Oke, ni umi nak share pasal playroom Iffat. Dah lamaaaaaa siap. Masa bulan puasa hari tu lagi. Tapi baru sekarang nak update, huhu..

Ni rupa playroom iffat masa mula2 siap dulu.




Tapi baru-baru ni abi dah langgan unifi, so bilik ni penuh la dengan segala wayar.

Oke, dekat sini umi nak buat wishlist untuk playroom iffat sekali sebab banyak lagi yang perlu di upgrade supaya bukan sahaja iffat, tapi abi dengan umi pun nak merasa selesa bila berada dalam bilik ni masa bermain dengan iffat nant.

1. Tema: kuning (dinding) + hijau + coklat gelap (perabot)

Umi berkenan dengan hijau ini..

2. Wall sticker. Lebih kepada tema haiwan dan tumbuh-tumbuhan.



Tapi kalau jumpa style quote macam ni pun menarik jugak.

Umi nak cari jugak wall sticker yang ada measurement ni. Nant boleh ukur tinggi iffat. Hihi.


3. Kerusi dan meja. Buat masa sekarang, perkara ni hold dulu sebab untuk umur Iffat belum sesuai, bimbang ada yang tergolek jatuh dari kerusi atau meja ni nant.
Umi berkenan dengan meja kerusi ikea ni. Meja bulat pilihan umi sebab tak ada bucu. Lebih selamat. Kerusi macam ni pulak lebih comel dan lebih murah berbanding kerusi kanak-kanak ikea yang lain.

4. Langsir. Umi nak cari langsir color hijau tapi ceria. Then, umi nak buat langsir kontot je macam dalam gambar tu. So bawah tingkap tu boleh la umi tampal poster lagi.

5. Peta dunia. Kenapa umi nak bilik iffat ada peta dunia? Sebab umi taknak iffat bod**geografi macam umi. Tapi mungkin taklah peta sebesar ini. Nant tak ada ruang pulak nak tampal poster lain.

6. Meja pertukangan ikea. Umi nak beli meja ni sebab nak cover plug. Tapi mahal. Rm260. Nant umi pikir semula.

7. Meja komputer. Memandangkan dah ada unifi dalam bilik Iffat, senangla umi abi nak buat kerja guna laptop nant. Umi ada dua pilihan.


Umi prefer yang lekat di dinding sebab jimat ruang dan lebih selamat.

8. Para ikea untuk letak dvd player dan modem unifi.

Umi kena simpan duit dari sekarang untuk dapatkan segala yang umi listkan ni. Chayok umi iffat!

3 comments:

~ NANA ~ said...

Comel warna hijau pucuk pisang tu! I pon suka langsir kontot macam tu kalau dlm bilik budak..hehe

Nana Aris said...

salam,

bestnya ada playroom! kaler hijau tu cantik..refreshing..

Btw, kalau berminat dengan supplement from Shaklee saya ada buat promo ESP Shaklee..do visit my blog ye
http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html

thanks!

SUHAIDA said...

moga terlaksana

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Wedding tickers