Assalamualaikum..
Ini family day anjuran KEBIRUS sekolah suami iza. Buat hari sabtu dan ahad lepas, 7 dgn 8 September. Ikut program, kami kena bertolak jam 10 pagi, konvoi ramai-ramai. Tapi sebab pagi tu iza ada meeting, habis plak jam 1 petang. Makanya, kami bertolak ke sana jam 4 petang. Dalam masa satu jam dah sampai desaru sebab lalu highway. Sampai-sampai terus check in bilik, kami dapat bilik r502. Cantik bilik hotel ni. Bilik dua tingkat.
Tingkat bawah
Tingkat atas Toilet ada dua.
Dah siap solat asar, cepat-cepat kami turun pantai. Seronok main pantai kat sini, sebab ia landai. Nak bawak iffat main air pun tak ada la risau sangat.
First time bagi iffat cicah air laut, mula-mula tu dia takut jugak, maybe takut dengan ombak. Dah lama-lama tu barula oke. Dah dia buat macam main air kat dalam toilet. Bila ombak datang, di pukulnya air tu,haha..
Dalam pukul 6.30 petang, kami naik bilik semula. Sebab dah kena bersiap untuk jamuan raya yang majlisnya mula jam 8.00 malam. Majlis ni dibuat di Fruit Farm, jauh jugak dari hotel kami, kena pergi dengan kereta.
Malam tu kami sekeluarga menang anugerah pakaian terbaik. Alhamdulillah. Hihi. Rezeki kami pakai sedondon, pastu tak ramai pulak yang pakai baju raya.
Majlis diakhiri dengan acara main bunga api.
Esoknya kami keluar sarapan pukul 8.30 pagi. Lepas tu terus sambung dengan aktiviti sukaneka. Abi sorang je yang main, umi dengan iffat duk kat tepi jadi tukang sorak abi. Berbaloi la jugak sebab group abi menang dua games.
Dah habis sukaneka, abi dengan iffat mandi pantai lagi. Lepas tu barulah kami pergi water themepark. Bagi iffat mandi kolam renang pulak.
Then pukul 12.30 kami naik bilik. Check out pukul 1. Overall, family day tahun ni sangat best. Tahniah dan terima kasih KEBIRUS SMKTD2 2013. I
4 comments:
wlupun umah atok zara kat desaru,tp x penah bawak zara mandi pantai
Best tak kat Hotel Lotus Desaru tu? Saya teringin nak pegi cuti kat sana akhir tahun ni.
Recent post : #1 Contest My Story, My Life - Mudahnya Mengemas Rumah!
Ekin: pergila bawak zara men pantai, best situ..
Uni: best sgt, berbaloi dgn harga nya. Pergi jgn tak pergi.
comelnye iffat sengeh. Seronok sgt main air.
Post a Comment