Assalamualaikum..
Perkembangan Iffat bila dah capai umur 9 bulan:
1. Dah boleh fokus lebih lama pada rancangan kartun..selalunya umi akan mainkan dvd magic english masa dia main, masa makan.
Umi dah mula rasa berbaloi belikan iffat dvd ni..at last dia layan jugak kartun2 ni semua. Sebelum ni dia layan citer orang tua sama-sama umi abi dia,haha..
2. Kemahiran 'mengemas' dia dah semakin meningkat. Boleh capai barang2 yang dia tak boleh capai masa 8 bulan hari tu.
Nampak tak dia tengah usha barang2 kat dapur umi tu..
3. Kuat makan! Alhamdulillah.. Kadang-kadang tu satu hari sampai 4 kali makan. Termasuk makan malam sebelum tidur. Badan iffat pun dah semangat, kalau dulu rasa gak tulang rangka dia, tp sekarang tidak lagi, hihi..
Ni bubur febret iffat, resepi tokmak dia. Bubur, ikan, carrot dan sawi. Kalau suap, nganga saje!
Waktu senggang umi bagi iffat makan biskut beras. Yang ini pun febret dia. Tak pernah lagi menolak kalau disuakan ini.
4. Gigi dah keluar dua batang. Satu batang lagi otw.gigi atas sebelah kiri.
5. Dah pandai melambai. Seronok rasanya bila umi tinggalkan dia dkt pengasuh dan kemudian melambai bila kita dah nak pergi kerja. Say tata dan iffat akan lambaikan tangan dia. Hihi.
6. Iffat suka kucing. Kami ajar dia sebut kucing as meow. Bila nampak kucing, mesti nak kejar. First time dia jumpa kucing, masa kat rumah opah hari tu time raya. Dengan naik walker, dia kejar kucing tu sampai dapat. Kucing tu pun layan je, duduk diam. Bila iffat dah cubit, sondol pakai walker, barula kucing tu lari.haha.
Oke tu je la yang umi perasan setakat ni.
1 comment:
omaigodd..iffat dah ade 3 gg..pantas ni
Post a Comment