SAYA SAYANG MEREKA

Showing posts with label Amzar Iffat. Show all posts
Showing posts with label Amzar Iffat. Show all posts

17 January 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

Hari ni adalah hari mengjoin GA.. Mari-mari join GA bersama. Nak join GA mama Aish plak..

TEMA GIVEAWAY


Daddy and Baby Cool


SYARAT PENYERTAAN (COPY PASTE DARI ENTRY GA)

1) Follow blog ..life after "i do"

2) Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway

3) Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.

4) Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)

5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.

6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu

9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini




Boleh gantung di playroom anak :)

Oke. Rasanya gambar ni sesuai kot.


Sebab apa gambar ni cool?

1. Anak jantan duk kat celah ketiak bapak dia. Cool la tu kan.
2. Masa gamba ni diambil, abi baru siap mandi, solat magrib. Sebelum tu baru balik kerja. Kalau ikutkan badan, mesti penatkan nak layan anak. Tapi sebab abi dia ni cool, dilayan jugak anak tu sebelum Iffat tido.
3. Sebab Iffat pun cool jugak, nak main dengan abi dia. So masa ni Iza bolehla mandi dengan solat maghrib.

Kesimpulannya, disebabkan dua orang anak beranak ni cool, maka terlahirla gambar yang cool ni.

Haha. Cukup merepek tak Erin?

Sekian~

UMIE SUE 2ND GIVEAWAY

Assalamualaikum..

Hari ni baru Iza berkesempatan nak join GA Umie Sue. Better late than never. Cewah!

TEMA: ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

Ini syarat-syaratnya:

1. FOLLOW BLOG pihak penaja [ http://insyimanhafiz.blogspot.com/ ]
2. LETAKKAN LINK insyimanhafiz.blogspot.com di bloglist anda (akan diperiksa,jika tidak akan terbatal )
3. Hanya SATU GAMBAR sahaja
4. Entri paling ringkas, dibawah gambar SERTAKAN DOA untuk anak anda
5. Isikan link entri anda di bawah ( add your link ) bersama nama anak anda
6. Tarikh tutup 20 JANUARI 2014 7. SEORANG PEMENANG sahaja haja


Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
Aku bermohon dari Engkau Tuhan sekalian alam
Jadikanlah anakku ini AMZAR IFFAT BIN AMRI SYAH
Seorang anak yang soleh
Anak yang cerdas akal fikirannya
Anak yang sihat tubuh badan
Serta anak yang akan berbakti dijalanmu sepanjang hidupnya

AMIN YA RABBAL A'LAMIN

26 December 2013

Amzar Iffat: 1 tahun 1 bulan

Assalamulaikum..

Agak banyak perkembangan Iffat di usia ini. Antaranya:

1. Pandai posing depan camera. Tunjuk ipad depan dia, snap gamba, tunjuk kat dia gambar tu semula. Nanti dia tersenyum simpul bangga sendiri. Haha. Tak boleh tahan part ni, lawak bila tengok dia senyum simpul tu.


2. Kalau nak sesuatu, tunjuk pakai jari telunjuk. Kadang-kadang tak faham apa yang dia nak dan kadang-kadang buat-buat tak faham. Mintak apa yang kita tak boleh bagi, contohnya mintak pisau,gunting.

3. Iffat ni jenis melayan apa yang kita buat. Kita pakai kasut, dia nak pakai. Pakai telekung, pakai tudung, pakai cermin mata, semuala dia nak buat jugak. Tahap memori mengingat dia pun semakin baik. Apa yang kita ajar semalam, dia boleh praktikkan semula esoknya.


4. Iffat suka bila diketip kuku. Dia diam je bila kena ketip kuku. Alahaiiii..senang kerja umi.

5. Alhamdulillah, lepas tonsil dia baik, selera makan dia semakin bertambah. Bagila apa-apa makanan kat dia, semua disumbatnya ke mulut. Sama macam dia yang dulu. Kuat makan. Tak apalah kalau badan dia tak besar, yang penting sihat.

6. Iffat masih belum boleh berjalan sendiri. Masih lagi perlu dibantu, baru dia boleh bertatih dengan laju.


Taip entry ni sambil tengok Pencetus Ummah, semoga didikan umi berjaya menjadikan Amzar Iffat seorang anak yang soleh. Aminn.

24 December 2013

UMIE SUE 1st Giveaway

Assalamualaikum..

Hari ni nak join GA Umie Sue pulak. Temanya ANAK MENGEMAS RUMAH. Boleh tengok kat link ini.

Gambar Iffat tengah menyapu:


Style tak? Menyapu sambil duduk. Haha. Tak pandai jalan lagi ni, tapi niat murni nak tolong umi tetap ada. Jiwa besar betul budak bertuah ni. Pantang kita buat apa, mesti dia nak buat jugak.

Walaupun anak Iza ni lelaki, Iza tetap nak ajar Iffat buat kerja rumah. Basuh baju (pakai mesin je), angkat jemuran, bersihkan laman rumah, buat kerja yang mudah-mudah nant ringan sikit kerja Iza nak kemas rumah. Lepas tu dah kahwin nant, senang isteri Iffat dapat suami yang pandai mengemas. Eh! Jauh plak terberangan. Haha.

K la..wish me luck!

18 December 2013

Ibu Rafif First Giveaway

Assalamualaikum..

Ibu Rafif @ Cik Puan Mimi ada buat giveaway bertemakan anak-anak main kat playroom atau play area. Jadiknya marilah kita ramai-ramai join dan memeriahkan giveaway ibu Rafif ni.

Oke ini syarat-syaratnya:

1. Follow blog Ibu Rafif dulu. DONE
2. Buat entry dengan meletakkan SEKEPING saje gambar. (Gambar paling best). DONE
3. Terangkan la tentang situasi gambar tersebut. (Contoh anak tengah main piano baru beli guna duit bonus ke.lol) DONE
4. Once dah joint, nanti tempek link di ruangan komen entry Ibu Rafif. DONE jugak.

Tarikh tutup penyertaan: 31 December 2013

Iza pilih gambar ni..

(IFFAT: eeiiiii..apa benda alah umi suh main ni. Macam tak best je. Mesti dia yang suka mainan ni, tapi aku pulak jadik mangsa kena main semua ni..)

Gambar ini diambil sehari selepas Iza belikan Iffat lego. Masa ni Iffat tak tahu lagi main lego. Tapi sekarang alhamdulillah, dia dah boleh stack beberapa ketul lego. Gud job Iffat!

P/s: Ibu Rafif, boleh tak bagi Umi Iffat menang kali ni..kesian dia x pernah menang GA. sobsss..

2 December 2013

First Birthday Party Amzar Iffatt

Assalamulaikum..

Semalam, 1 Disember, kami buat birthday party untuk Iffat. Kami buat kecil-kecil sahaja kat rumah tokwan Iffat kat Felda Tersang, Raub. Iza pilih tema Lego untuk 1st Birthday party Iffat ni.


Semuanya Iza diy. Mainan lego tu amik mainan Iffat je untuk buat props. Jimat! Haha.



Kek lego tu kami tempah kat Sugar Bakery Villa, Raub. Sedap! Pastu kedai dia pun best. Semua ada, belon, topi, topeng hari jadi, lilin yg nombor tu pun ada. Highly recommended kalu cari kedai kek dekat Raub. Sebab owner dia Melayu.


Iffat dengan makcik pakcik sedara dan sepupu.


Menu petang tu nasi ayam, makngah Iffat yang buat. Pun sedap.


Alhamdulillah dah selesai birthday party Iffat yang pertama. Sekarang duk hitung jam nak pergi bercuti Sabah pulak,hihi.

Tata..

29 November 2013

Mommy & Baby Moment Giveaway by Mommycha

Assalamualaikum..

Hari ni nak join GA by Mommycha plak. Boleh tengok GA nya dekat link ni.

So iza pilih gamba ni..


Gamba masa family day sekolah suami aritu. Ni first time bawak Iffat mandi pool.

Bismillahirrahmanirrahim.. Mommycha, nk no. 1 boleh. Bahahaha..

14 November 2013

Kali Pertama Tengok Wayang Dengan Iffat

Assalamualaikum..

Sejak ada Iffat ni, iza tak pernah lagi jejak kaki kat panggung. Last sekali masa preggy dulu, tapi dah tak ingat tengok cerita apa. Kalau abi, ada jugak dia pergi tgok wayang, tapi dengan students dia. So iza dah teringin sangat nak tengok wayang, keluar pulak cerita THOR. Memang best la kalau dapat layan kt panggung. Bincang dengan abi. Kami kalau boleh memang cuba untuk tak tinggalkan Iffat dekat orang lain semata nak g jalan, so akan bawak dia.

Kami beli tiket malam. Pukul 9.45 malam. Pilih pulak sit BEANIE. Selesa la untuk kami duduk dengan Iffat. Abi dah ingtkan dekat umi, siang tu jangan bagi Iffat tido. Tapi pukul 4.30 petang tu dia tido dekat dua jam. Budget2 pukul 9 malam tu dia dah ngantuk semula.

Masuk je panggung, umi susukan dia nak bagi dia tido. Tapi dengar je bunyi iklan, terbeliak balik mata dia, bangun tengok skrin. Bila je panggung gelap, mula la Iffat bunyi ngek2.. Haishh umi dah risau, tu la nak sangat tengok wayang kan. Then bagi dia kat abi. Masa tu cerita dah start, abi pun dodoikan dia. Lima minit dodoi, dah tido. Fuhhh, lega sangat. Ambil selimut, tutup telinga dia. Dekat dua jam abi pangku dia, dia bergerak sikit je, abi dodoi semula.

Yang bagusnya Iffat ni, sepanjang movie tu memang dia tido. Bangun bila kami dah nak keluar panggung. Iza memang seronok tak terkata la, hajat dah tertunai, haha.. Terima kasih abi.

Antara tips nak bawa anak ke panggung.

1. Pastikan dia kenyang.
2. Bawa sweater, selimut dan bantal.
3. Pastikan dia mengantuk masa nak tengok wayang tu.

Seat beanie rm22 perseat kat TGV Jusco Tebrau.

Balik tengok wayang singgah mamak. Iza kelaparan.

Mamak bagi Iffat gula-gula. Pastu ajak Iffat balik India.

Lepas ni kita tengok Captain America plak ye, hihi.

Posted via DraftCraft app

29 October 2013

Amzar Iffat 10 dan 11 bulan

Assalamualaikum..

10 bulan:

1. Dah boleh tepuk tangan bila umi kata'tepuk', genggam jari bila umi nyanyi cak cekur dan tutup muka bila umi kata 'aum cak'.
2. Dan pandai matching kan barang dengan kegunaan. Contoh cekak letak kat kepala, cermin mata di mata, sikat pada rambut. Tapi Iffat tak boleh lagi letak betul-betul, cuma dia bawa je barang-barang tu kat kepala dengan mata.
3. Baru nk tunjukkan keinginan untuk berdiri, tapi dengan bantuan orang lain.
4. Dah boleh makan nasi tanpa perlu diblender.
5. Dah pandai suap makanan sendiri.

11 bulan:

1. Dah boleh bertatih dengan laju. Masih dengan bantuan dipegang umi atau abi. Laju macam nak berlari. Haha..
2. Dan pandai main permainan ni. Boleh masukkan gelung sendiri tanpa bantuan. Cuma yang atas sekali tu belum pandai sebab dia bulat mcm bola. Susah. Takpe. Yang ini pun umi dah bangga dengan kamu Iffat.


3. Rupanya Iffat tak suka makan nasi keras. Lebih suka dan lebih berselera bila makan bubur.
4. Suka bergurau acah kita bila nak bagi sesuatu benda. Nak bagi, tapi bila kita hulur tangan, dia tak jadi bg, lepas tu, sengihhhh..
5. Dah pandai kongsi makan. Kalau dia tengah pegang makanan, minta pada dia. Nanti dia bagi.
6. Iffat ni cepat belajar dan suka tiru apa yang kita buat. Dia dah pandai ambil remote tv pastu tunjuk dekat tv konon nak tukar channel. Ambil kunci lepas tu pegang betul-betul nak masukkan dalam lubang. Tapi lubang dia, cucuk la mana- mana.







26 August 2013

Amzar Iffat 9 bulan 2 hari

Assalamualaikum..

Perkembangan Iffat bila dah capai umur 9 bulan:

1. Dah boleh fokus lebih lama pada rancangan kartun..selalunya umi akan mainkan dvd magic english masa dia main, masa makan.


Umi dah mula rasa berbaloi belikan iffat dvd ni..at last dia layan jugak kartun2 ni semua. Sebelum ni dia layan citer orang tua sama-sama umi abi dia,haha..

2. Kemahiran 'mengemas' dia dah semakin meningkat. Boleh capai barang2 yang dia tak boleh capai masa 8 bulan hari tu.


Nampak tak dia tengah usha barang2 kat dapur umi tu..

3. Kuat makan! Alhamdulillah.. Kadang-kadang tu satu hari sampai 4 kali makan. Termasuk makan malam sebelum tidur. Badan iffat pun dah semangat, kalau dulu rasa gak tulang rangka dia, tp sekarang tidak lagi, hihi..

Ni bubur febret iffat, resepi tokmak dia. Bubur, ikan, carrot dan sawi. Kalau suap, nganga saje!


Waktu senggang umi bagi iffat makan biskut beras. Yang ini pun febret dia. Tak pernah lagi menolak kalau disuakan ini.


4. Gigi dah keluar dua batang. Satu batang lagi otw.gigi atas sebelah kiri.


5. Dah pandai melambai. Seronok rasanya bila umi tinggalkan dia dkt pengasuh dan kemudian melambai bila kita dah nak pergi kerja. Say tata dan iffat akan lambaikan tangan dia. Hihi.

6. Iffat suka kucing. Kami ajar dia sebut kucing as meow. Bila nampak kucing, mesti nak kejar. First time dia jumpa kucing, masa kat rumah opah hari tu time raya. Dengan naik walker, dia kejar kucing tu sampai dapat. Kucing tu pun layan je, duduk diam. Bila iffat dah cubit, sondol pakai walker, barula kucing tu lari.haha.

Oke tu je la yang umi perasan setakat ni.


25 July 2013

Iffat dah 8 bulan!

Assalamualaikum..

Hari ni iffat dah 8 bulan. Alhamdulillah masih lagi bersusu umi sepenuhnya..

Antara perkembangan iffat:

1. Dah pandai ambil, capai dan pegang barang dengan baik.
2. Dah pandai sebut suku kata fathah dan paling biasa dengar a, ba, ta, ma, pa.
3. Oh..dan pandai mengamuk sekarang. Kalu dah bosan main, penat, lapar, mula la merengek. Tp bila je orang dukung, sengih terus.
4. Dah pandai tiru apa yang kita buat. Kalau kita tepuk, dia pun akan ikut tepuk, tp biasanya tepuk sblh pada satu2 objek.
5. Sekarang dah pandai cucuk mata, hidung, mulut umi. Tarik rambut. Aduh, kadang kalau dia bgn dulu, mula la kacau umi tidur. Malam tadi, 1st time bgn pukul 4 pagi, pastu ajak umi main. Mmg umi tak layanla,haha.. Umi nk bgn kul 5 untuk sahur.
6. Dah boleh joget kalau dia berdiri sambil dipegang..wah..kadang2 tu menyanyi. Tp harming je la. Abi dodoi dia, bacakan selawat, ohh dia pun harming sama. Haha..comel je rasa.
7. Baru ada sebatang gigi bawah, tumbuh masa 7 bulan hari tu.
8. Berat dia plak dalam 8 kg+ (xde pergi check up)
9. Boleh makan dgn banyak kalau kena dgn selera dia. Haritu makan bubur nasi, carrot, ikan bilis, adalah makan 2 cawan penuh dadih tu, kalau x, separuh pun x hbs.
10. Mainan febret dia skang bukannya toy dia, tp barang2 umi dgn abi dalam rumah ni..pantang nampak benda baru, mesti nak capai, ambil. Pastu ketuk2, dah bosan baling..adoi, sabar je umi dia ni bila pikir tu proses pembelajaran dia..

Tp ada satu perkembangan iffat yang lambat, even sekarang dia masih belum merangkak, masih x boleh duduk sendiri. Tp umi faham, setiap anak ada perkembangannya masing-masing. Umi akan ttp sabar tunggu sampai iffat boleh merangkak dan bila iffat dah pandai, umi akan make sure, umi la yg akan jadi penyorak iffat yang paling hebat sekali! :)

SAYANG KAMU IFFAT!

13 July 2013

Iffat jatuh katil

Assalamualaikum..

Iffat jatuh pagi tadi pukul 4.15 pagi. Lagi 15 minit alarm umi nak bunyi untuk bgn sahur. Tgh syok mimpi, umi dengar bunyik gedebuk pastu bunyi dia nangis. Carik kat sebelah, dia dah xde.. Adoi, jadik jugak benda yang kami duk takut2 selama ni.


Iffat jatuh tersembam. Nampak tu, bibir kiri dia bengkak, bawah mata pun ada merah2 sikit. Tapi sekarang ni dh susut bengkak kt bibir dia tu. Mmg ada luka dlm bibir tu, agaknya sbb berlaga dgn gusi. Alhamdulillah, dia masih menyusu mcm biasa. Aktif pun mcm biasa, bgn kul 8.30 pagi tu siap nyanyi2 lagi kt telinga umi dia ni suh bgn. Adoyaiii..

Ptg ni abi bukak katil tu, ermm..dh jadik mcm ni baru nk bertindak. Berharap moga ia tak berulang lagi, tu je la..

3 July 2013

Iffat kena skin infection

Assalamualaikum..

Kisah nya mula daripada minggu lepas, lepas kami pergi kl. Iffat kena gatal-gatal..penuh ruam kt depan n belakang badan dia. Tapi lepas sapu krim dacterine, ruam tu kering dan hilang dalam masa satu hari je..kemudian dalam hari jumaat ni, tgok iffat ada bintik2 baru kt bahu dia..then dia garu..means gatal. Bintik2 tu plak ada air..malam sabtu rasa badan dia panas. Cek suhu dalam 37.4c. Hari ahad pun sama, badan dia dedar. Pagi isnin dalam pukul 5 pagi, masa dia bgn menyusu, umi rasa badan dia panas. Cek suhu 37.2c. So pagi isnin tu decide bawa jumpa paed kat pakar kempas. Bimbang dia kena campak or cikenpox.

Tapi alhamdulillah lah. Paed cakap cuma skin infection biasa..





Kat bahu paling banyak. Kat tempat lain pun ada jugak, kt kepala, siku, peha, lutut..tp majoriti bintik sebijik sebijik.. Then paed bagi ubat sapu ni..


So far, okela sbb kulit tu makin kering..cuma kulit nya jadi hitam..hoho..x comel dah..

Apa2 pun, umi doakan semoga iffat cepat sembuh.aminnnn..

25 June 2013

Happy 7 month iffat!

Assalamualaikum..

Sebenarnya umi lupa hari ni iffat dah genap 7 bulan..abi yang ingatkan pagi tadi. Yang umi ingat kalau 25 hb ni hari gaji, hoho..lupa tarikh ni ulang bulan iffat jugak.. Iffat takde tunjukkan apa2 perkembangan yang ketara dalam masa sebulan ni.. Antara yang umi perasan..

1. Iffat semakin bambam..tp xtau plak berat dia berapa, mayb dalam 7 to 8 kg.
2. Makanan fevret iffat setakat ni.. Bubur keledek, bubur avocado campur pisang.
3. Dia suka minum air masak..tp sayang, iffat tak pandai minum botol, so umi dia ni la gigih menyuapkan dia pakai sudu..
4. Semakin kuat ketawa..sibuk kalau kita ketawa, dia pun nk ketawa..haha..
5. Iffat semakin murah dengan senyuman..orang yang 1 st time dia jumpa pun dia boleh senyum..alhamdulillah..

Tu je kot yang umi noticed..


Wajah kesayangan umi an abi..

Shopping baju raya iffat masa jcard day @ aeon tebrau

Assalamualaikum..

Hihi..dah nak seminggu shopping baru nak hupdate..hari tu aeon tebrau buat jcard @ aeon card on 19 & 20 jun..umi pun xcited la sbb mmg tunggu jcard day ni sbb nk shopping baju iffat..tup2 dia buat kan..plan nk pergi 20 hb tp bila abi setuju nak pergi 19 hb, umi lg la xcited,hihi..pergi tu sampai sana pukul 9 malam..dgn tak makan lagi..lapor tau..

Then abi offer, umi shopping sorang2 sementara tu dia bawa iffat pergi makan..haha..umi suka! Walaupun lapar, sanggup dahulukan shopping..sng shopping sorang ni..nak tawaf bhgn baju baby tu 14 kali pun xpe..umi pun x ingt, umi shopping bpe lama..ada satu jam kot..dh siap tu telefon abi, dia dh tunggu kat foodcourt rupanya..

Ni la hasil shopping umi malam tu..



5 pasang baju, 3 pants, sepasang kasut..sume tu 50 percent less..so umi perlu bayar separuh dari harga sebenar..hujung minggu ni ad baby expo kat danga city mall plak..wajib pergi k..mari kita pujuk abi shopping lagi! Yeayyyy~

20 June 2013

Termos bubur iffat

  Assalamualaikum..

Quick update sebelum tido..




Brand thermos..tiga tingkat..dah test, boleh tahan panas sampai 8 jam..
Kalau umi g sekolah pagi sbb ada koko, umi bekalkan la iffat tiga mangkuk..pagi, tgh hari dgn petang. Tp kalau hantar iffat tgh hari, hantar dua mangkuk je la..pagi tu umi dah bg mkn sendiri kt rumah..harga xde diskaun, rm215..beli kat jusco..budget umi 50-60 hinggit je..tp tetibe abi nk belanja..hihi..alhamdulillah..moga murah rezeki abi :)




I blog with BE Write

14 June 2013

Stok Bekal Pertama Iffat

 Assalamualaikum..

Naik cuti sekolah je, iffat mmg dah start makan solid food. Jadi kenalah bekalkan dia dgn puri..iza mmg berazam selagi boleh, iza xnk bg iffat makan makanan yg ada gula dan garam..sampai bila?kalau ikutkan seeloknya sampai umur dua tahun kan..tp mungkin xla selama tu..as long iffat x pandai mintak makan itu ini lg..iza cuba jaga..

Jadi hari ahad tu iza pun pung pang pung pang la kt dapur siapkn puri dia..kalau ikutkan biasanya dalam 20 minit dh siap tp ni bnyk kn..so ambik masa la sikit..nk steam, then nk blend dgn tapis..pastu mcm2 jenis puri..kena buat satu2 la..


Iza buat puri keledek, lobak dgn epal..dptla 3 tray dgn 8 mangkuk dadih..alhamdulillah cukup untuk iffat makan tiga kali sehari selama 5 atau 6 hari kt umah pengasuh..

Minggu depan iza akan intro bubur dkt iffat..atas sbb tertentu..x payahla iza mention kt sini..kalau ikut hati nk tunggu tujuh bulan baru nk intro..ermmm..

So wiken ni iza pung pang pung pang masak bubur dgn puri ayam pulak la..hihi..
Cayok2 umi iffat!








I blog with BE Write

11 June 2013

Persediaan Solid Food Iffat

Assalamualaikum..

Sebenarnya dh hampir 3 minggu iffat mula makan..tp umi dia baru terhegeh2 nk citer pasal brg2 makan dia..huhu..sori..

Apa yg umi iffat perlukan? 

1. Pengupas kulit buah or sayur 
Ini mmg umi dh ada, kebetulan dh beli masa shoping kt ikea aritu...sgt best k sbb 2 minit je untuk kupas 3 biji kulit carrot..

2. Penapis
Umi beli baru sbb taknak bercampur guna dgn sedia ada..

3. Steamer microwave
Umi beli kt jusco harga lbih kurang 10 hinggit kot..x ingat,huhu..senang guna ni sbb x payah guna kukus besar gedabak tu,hihi..masuk microwave, then tunggu je sampai masak.

4. Blender

Umi beli blender sebijik macam ni..harga rm180.. Pun beli kt jusco..so bila dh tak guna untuk blend makanan iffat..blender ni jadik hak mutlak umi la..haha..

5. Ice tray
Umi beli ice tray sebijik macam ni..panjang2.. Umi main ambik je masa kt jusco..ingtkn bentuk cube..rupanya..panjang..guna je la..sama je pun, hihi..orang bekerja kena ada ni..untuk buat stok awal banyak2..umi xde masa dan x rajin nk masak setiap hari..huhu..sori iffat..

6. Set pinggan baby
Xde gambar..sori..huhu..tapi sebenarnya..xde pun xpe kot..umi pakai mangkuk yg ada, pastu guna sudu kfc tu..ha..senang..Cawan pun guna cawan biasa,hihi..

7. Napkin plastik..
Pakai napkin plastik ni sng..lps pakai terus basuh dan sidai..next makan dh boleh guna semula..
 
8. Food chart

Food chart ni umi print pastu tepek kat peti ais..study dan ingt apa yg iffat boleh makan bila dah masuk 6 bulan..

9. Buku resepi

Buku ni umi beli online, baby 1st rm 10.. NCC tu rm17..berbaloi la beli..murah, pastu bnyk resepi..tp umi baru try resepi puri je..hahahaha..

Oke..tu je rasanya preparation umi untuk bg solid food kat iffat..
Meh tepek sekeping gamba iffat tgh mkn


Tgok gamba..oke..umi sayang iffat!


I blog with BE Write

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Wedding tickers