SAYA SAYANG MEREKA

31 October 2013

Bersiar-siar di Taman Tasik Adda Height

Assalamualaikum..

First time bawa Iffat jalan-jalan ambil angin petang kat taman. Taman tasik ni depan taman kami je. Tapi ni la first time kami pergi. Dulu masa tak ada Iffat lagi, buat apa kami nak pergi, kami bukan jenis yang suka beriadah pun.

Kami keluar dalam pukul 6 petang. Memang dah ramai orang time tu.. Cantik rupanya taman tasik ni..

Ada itik.. Ikan pun memang sangat banyak dalam tasik tu, bagi roti, berebut-rebut makan. Kura-kura pun ada.

Antara kemudahan yang ada..


.






So lepas ni rutin kami setiap petang, kalau tak ada pergi mana-mana kami akan bawak Iffat pergi sini. Best!

29 October 2013

Amzar Iffat 10 dan 11 bulan

Assalamualaikum..

10 bulan:

1. Dah boleh tepuk tangan bila umi kata'tepuk', genggam jari bila umi nyanyi cak cekur dan tutup muka bila umi kata 'aum cak'.
2. Dan pandai matching kan barang dengan kegunaan. Contoh cekak letak kat kepala, cermin mata di mata, sikat pada rambut. Tapi Iffat tak boleh lagi letak betul-betul, cuma dia bawa je barang-barang tu kat kepala dengan mata.
3. Baru nk tunjukkan keinginan untuk berdiri, tapi dengan bantuan orang lain.
4. Dah boleh makan nasi tanpa perlu diblender.
5. Dah pandai suap makanan sendiri.

11 bulan:

1. Dah boleh bertatih dengan laju. Masih dengan bantuan dipegang umi atau abi. Laju macam nak berlari. Haha..
2. Dan pandai main permainan ni. Boleh masukkan gelung sendiri tanpa bantuan. Cuma yang atas sekali tu belum pandai sebab dia bulat mcm bola. Susah. Takpe. Yang ini pun umi dah bangga dengan kamu Iffat.


3. Rupanya Iffat tak suka makan nasi keras. Lebih suka dan lebih berselera bila makan bubur.
4. Suka bergurau acah kita bila nak bagi sesuatu benda. Nak bagi, tapi bila kita hulur tangan, dia tak jadi bg, lepas tu, sengihhhh..
5. Dah pandai kongsi makan. Kalau dia tengah pegang makanan, minta pada dia. Nanti dia bagi.
6. Iffat ni cepat belajar dan suka tiru apa yang kita buat. Dia dah pandai ambil remote tv pastu tunjuk dekat tv konon nak tukar channel. Ambil kunci lepas tu pegang betul-betul nak masukkan dalam lubang. Tapi lubang dia, cucuk la mana- mana.







25 October 2013

Annual Dinner SMKTMA 2013

Assalamualaikum..

Malam tadi sekolah umi wat annual dinner. Tema MERAH HITAM GLAMOROS. Tapi entry ni bukan nak cerita kami pakai baju apa makan apa. Umi nak cerita umi dapat gift tupperware. Hihi. Umi kan suka collect tupperware. Bila dapat free, lagi la suka. Bahaha..


Yang atas tu mmg gift KEBIRUS bagi. Yang bawah tu cabutan bertuah. Konsep cabutan bertuah malam tadi, semua orang akan dapat hadiah. Tapi kena cabut nombor dulu. So umi nampak hadiah paling best kt situ tupperware. Ada jugak hadiah besar2 tapi dalam kotak. Taktau la apa..blender kot. Tapi umi still nk tupperware. So masa undi tu umi baca la mantera 'tuperware..tuperware' sambil cabut nombor. Haha. Nampak tak ada sawan tuperware kt situ. Tak sia-sia k. Rezeki Allah bg umi tupperware betul-betul. Dapat je tupperware tu umi dah menyengih tengok muka suami.. Haha. Tau tak isterimu ini gembira dapat tupperware free mlm ni. Dua bijik lagi. Haha.. Sesungguhnya dia tau, sebab dia mmg tau isteri dia ni gila tupperware.

Haha.. K la, tu je nak citer. Bye. *malam tido peluk tupperware.

9 October 2013

Hadiah Hari Jadi ke-27



Abi: umi, jom pergi secret recepi, makan kek..sok abi takde, jomla kita sambut besday umi hari ni..
Umi: (tengah menyusukan iffat). Oke, tapi tunggu umi siap dulu..

Sambil umi bersiap..
Abi: jom iffat, kita jalan-jalan kat luar..

Umi pun bersiap, tengah-tengah pasang brooch tudung, tiba-tiba..
Abi: Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to umi.. Happy birthday to you..

Abi nyanyi sambil dukung iffat sebelah kanan dan tangan kiri pegang hadiah.


Umi ingatkan handbag..

Tgok dalam beg..

Kotak kecil
Ooo..purse kot..

Sekali bukak..

I
I
I
I
I
I
I
I


La..jamla! Sukanya umi. Sebab sejak jam umi hilang beberapa bulan lepas, memang umi xde pakai jam dah.. Kalu nak tengok masa, tgok henset je.

Terima kasih abi.. Sayang abi sangat-sangat !

Alhamdulillah..syukur pada ALLAH.. Di usia ku 27 tahun, Dia pinjamkan umi hambanya yang sangat memahami jiwa umi. Dia kurniakn kami cahaya mata yang sangat comel. Dia murahkan rezeki kami. Harapan umi cuma satu agar.semoga kebahagiaan yang kami kecapi sekarang ni berkekalan ke akhirat kelak..Aminnn..